Minyak kelapa dara adalah minyak dihasilkan dari buah kelapa
cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau
khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat di dalam buah kelapa.
Minyak kelapa dara diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia. Terdapat
sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak bermanfat untuk kesihatan
dalam kelapa dara iaitu iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric,
myristic, stearic, oleic dan linoleic.
PERBEZAAN MINYAK
KELAPA DARA BERBANDING MINYAK SAYURAN
Minyak kelapa dara
- Lemak tepu rantai sederhana pendek.
(MCFA – mudah dihadam)
- Sudah mula dihadamkan dengan hanya
enzim saliva dan diperut.
- Tidak membebankan organ pankrease
- Dihantar terus ke hati untuk
menghasilkan tenaga maksima
- Menghasilkan tenaga segera dengan
cepat tanpa perlu bantuan enzim.
- Sel jadi cekap dan efisien
- Bertindak menghalang pembentukan
radikal bebas
- Diproses secara organik.
- Tiada kolesterol
- Mengandungi antara 45 – 55 % lauric
asid
- Bersifat antivirus, antibakteria,
antifungus, anti protozoa.
- Bertindak sebagai anti kanser dan
anti histamine (mengelakkan alahan)
- Meningkatkan metabolisma.
- Meningkatkan daya tahan (endurance)
- Memperbaiki pencernaan.
- Mempermudah pencernaan mineral dan
vitamin (baik untuk warga tua)
Minyak sayuran
- Lemak tak tepu rantai panjang.
- Hanya boleh dihadamkan dihempedu.
- Perlukan enzim pankreatik dan
berbagai enzim untuk memecahkannya.
- Sangat membebankan pankrease
- Sebagian tidak dapat dihadam, lalu
di simpan di dalam tisu tubuh sebagai lemak
- Lambat menghasikan tenaga.
- Sel tidak cekap dan efisien
- Mudah terbentuk radikal bebas.
- Dihasilkan melalui proses penyahbau,
pelunturan, proses penghidrogenan.
- Mengandungi sejumlah kolesterol
No comments:
Post a Comment