Penyebaran hadis palsu mencemarkan
kesucian hadis Rasulullah SAW yang dipelihara dengan begitu baik oleh
ulama Islam terdahulu. Rasulullah SAW memberi amaran terhadap orang yang berdusta atas namanya dengan ancaman yang berat.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti
berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang
berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam
neraka." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat lain, Nabi bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ancaman dalam hadis ini merangkumi segala jenis pendustaan dan pembohongan ke atas Nabi Muhammad SAW sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat atau ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah SWT.
Dalam menghuraikan maksud hadis ini, Ibnu Hajar al-Asqalani menyatakan: "Ia merangkumi setiap pendusta ke atas Nabi dan semua jenis pendustaan ke atas Baginda."
Dimaksudkan pendustaan atas Nabi adalah menyandar sesuatu perkataan, pengakuan atau perbuatan kepada Rasulullah secara dusta. Nabi langsung tidak ada kaitan dengan perkataan, pengakuan dan perbuatan yang disandarkan kepadanya.

Misalnya, menyatakan
bahawa Rasulullah saw bersabda sesuatu yang Baginda tidak pernah bersabda,
berbuat atau mengakui sesuatu yang Baginda tidak pernah melakukannya. Sesuatu yang dikaitkan dengan Nabi sama ada berbentuk perkataan, perbuatan atau pengakuan, maka ia disebut sebagai hadis atau sunah.
Adapun menyandar sesuatu kepada Nabi
secara dusta, bukanlah dikategorikan sebagai hadis pada hakikatnya. Cuma
ia disebut hadis berdasarkan apa yang didakwa oleh perekanya dan ditambah
perkataan al-Maudu (palsu) atau al-Mukhtalaq (rekaan).
Bukan sahaja membuat hadis palsu itu hukumnya haram, bahkan meriwayatkan tanpa menjelaskan kepada pendengar bahawa ia adalah hadis palsu juga adalah haram dan berdosa.
Umat Islam jangan mudah tertipa dengan dakwaan palsu yang disandarkan kepada Rasulullah SAW, sedangkan ia tidak ada hubungan langsung dengan Baginda.
No comments:
Post a Comment