Adab semasa berjanji ialah dengan
melafazkan ucapan ‘insya-Allah’ bagi setiap janji yang dibuat.
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan
janganlah engkau berkata mengenai sesuatu yang hendak dikerjakan bahawa aku
akan lakukan yang demikian itu kemudian nanti melainkan hendaklah disertakan
dengan berkata ‘insya-Allah’.” (Surah al-Kahfi ayat 23).
Walaupun disertakan ‘insya-Allah,
bukan bermakna ia suatu pilihan kepada pembuat janji, sama ada mahu ditepati
dan dipenuhi atau tidak.
Ucapan ‘insya-Allah adalah bertujuan
untuk mengelak daripada berdosa jika tidak dapat memenuhi perkara yang
dijanjikan, dan merupakan suatu azam yang bersungguh-sungguh untuk berusaha
memenuhi segala janji, supaya tidak termasuk dalam golongan orang munafik yang
dibenci oleh Allah SWT.
Demikianlah betapa agama Islam sangat
mengambil berat dalam soal janji, walaupun dibuat secara lisan. Berjanjilah
dalam perkara-perkara yang mampu ditepati dan ditunaikan.
No comments:
Post a Comment