Ulama terkemuka, Yusof Qardhawi
melihat kemiskinan sebagai sesuatu yang amat berbahaya bukan saja kepada
individu bahkan keluarga, bangsa, masyarakat, akidah, kepercayaan dan
kebudayaan.
Beliau berpendapat wajib setiap
orang Islam menyatakan perang terhadap kemiskinan dan berusaha keras untuk
membendungnya, serta membendung kemungkinan yang dapat menimbulkannya.
Sesungguhnya seluruh umat Islam
perlu bangkit sebagai umat terbaik dan menjadi contoh kepada penganut agama
lain. Dengan cara itu, Islam akan lebih menarik minat orang mendekatinya.
Sekiranya penganut Islam
menghayati sepenuhnya ajaran Islam, akan menampakkan kelebihan dan kesempurnaan
Islam yang sebenarnya. Sedangkan jika tidak diamalkan, maka kesempurnaan Islam
hanya menjadi ilusi yang tercatat dalam al-Quran dan hadis.
Sejarah telah membuktikan
bagaimana umat Islam pernah menjadi kuasa terkuat dan menguasai tiga suku
dunia. Kejayaan tersebut adalah hasil daripada kesedaran umat Islam pada masa
itu tentang penting ilmu dan mencari kekayaan dunia
Dalam surah yang sama firman-Nya
bermaksud: “Tidak ada dosa atas kamu untuk mencari rezeki daripada Tuhanmu.”
(Surah al-Baqarah, ayat 198).
Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud: "Seseorang yang terbiasa dengan meminta-minta, dia akan datang pada hari kiamat tanpa secebis daging pun di wajahnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rezeki yang berkat dapat diraih
pada waktu pagi. Nabi SAW bersabda: "Bangunlah pada pagi hari untuk
mencari rezeki dan keperluan-keperluanmu. Sesungguhnya pada pagi hari terdapat
berkat dan keuntungan." (Riwayat Ath-Thabrani dan Al-Bazzaar).
Ini
dijelaskan lagi oleh Nabi SAW dalam sabdanya: "Selesai solat fajar (Subuh)
janganlah kamu tidur sehingga melalaikan kamu untuk mencari rezeki."
(Hadis riwayat Thabrani).
No comments:
Post a Comment