Tuesday 18 June 2019

SIKAP BURUK BUANG SAMPAH CEMAR IMEJ NEGERI


Perbuatan membuang sampah dari atas kereta seperti sudah menjadi barah di kalangan pengguna jalan raya. Perbuatan itu dilaku terutama ketika kenderaan berhenti di tempat rehat atau disebabkan kesesakan lalulintas.

Pemandangan seperti gambar di atas sudah acap kali berlaku pada musim perayaan apabila pemandu berhenti di sesuatu lokasi untuk berehat dan ketika bulan Ramadan apabila waktu berbuka dan sepanjang malam sebelum masuk waktu Subuh.

Sepatutnya pada bulan Ramadan, mereka lebih mengamalkan sikap yang disuruh oleh agama. Membuat kotor atau membuang sesuatu yang menjadi sampah adalah dilarang oleh Islam.

Tidak kisahlah, jalan itu terletak di kawasan bandar mahupun kawasan hutan atau jauh dari kawasan penempatan.

Sampah sarap perlu disimpan di dalam bekas atau plastik, kemudian dibuang di tempat sepatutnya. Kalau perlu disimpan sampai ke rumah atau tempat dituju, itulah yang sepatutnya dilakukan.

Cukup malang jika amalan membuang sampah merata-rata itu dikaitkan dengan sikap pemandu dari sesebuah negeri. Perbuatan itu akan mencerminkan sikap penduduk negeri berkenaan, walaupun ia hanya dilakukan oleh segelintir kecil sahaja.

Jagalah kebersihan biarpun di mana anda berada.  

No comments:

Post a Comment