Tuesday 18 June 2019

PENGGUNAAN PITA KASET CERAMAH POLITIK TINGGAL SEJARAH

Pada masa dahulu, untuk menyebarkan audio ceramah politik ialah dengan mengguna kaset atau pita kaset. Cara ini paling banyak digunakan oleh PAS untuk menyebarkan caramah pemimpin mereka.

Ada pihak yang dipertanggungjawabkan untuk merakam ucapan pemimpin PAS berucap di setiap tempat ceramah yang diadakan.

Sebenarnya, rakaman itu bukan sahaja untuk menyebar luaskan ucapan, tetapi satu bentuk perniagaan.

Pita rakaman kaset itu laris di pasaran, terutama di tempat-tempat ceramah pada akan datang.

Proses ulang cetak perlu dilakukan segera kerana ada yang akan mendapatkan kaset itu pada keesokan hari di tempat-tempat jualan tertentu. Ia boleh dianggap sebagai seperti akhbar yang perlu diedarkan segera, lebih-lebih lagi jika melibatkan ucapan pemimpin utama parti.

Peminat ceramah politik akan memiliki kaset ceramah politik sebagai koleksi. Mereka lebih berminat menyimpan kaset ceramah politik lebih daripada artis terkenal.

Sebab itu, kaset ceramah politik lebih mendapat sambut berbanding kaset lagu.

Ada ahli politik membeli radio kaset semata-mata untuk mendengar kaset ceramah politik. Mereka sekali-kali tidak mendengar kaset lagu kerana itu dianggap haram.

Sekarang ini perniagaan kaset ceramah tidak lagi wujud. Segala-galanya telah dibuat secara terus melalui media sosial. Atau rakaman ucapan ceramah mudah diperoleh secara atas talian secara percuma.

Sebab itu, ada penyokong parti politik atau yang ingin mengikuti berita politik akan memiliki telefon pintar semata-mata untuk tujuan tersebut. Mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk mendengar ucapan politik pemimpin parti masing-masing, mahupun pihak lawan.

Kemudahan media sosial dan atas talian ini antara sebab mengapa ceramah politik kini kurang mendapat sambutan di tempat ceramah diadakan.

No comments:

Post a Comment