Tuesday 18 June 2019

BOLEH MAKAN KETUPAT PALAS TIGA BUCU SEPANJANG MASA

Ketupat palas tiga bucu memang sinonim dengan rakyat Kelantan terutama pada musim perayaan. Boleh dikatakan ketupat palas menjadi kuih wajib ada pada setiap musim perayaan.

Kalau dahulu, memang pada musim perayaan sahaja boleh makan ketupat palas. Pada musim bukan perayaan memang sukar untuk mencari ketupat palas.

Namun, sekarang ini tidak sukar untuk mencari ketupat palas. Biasanya boleh didapati di pasar-pasar di seluruh Kelantan. Ketupat palas sudah menjadi kuih tradisi yang boleh dibeli pada sepanjang tahun.

Harganya kini RM1 hingga RM1.50 setiap biji bergantung kepada 'inti' yang ada di dalamnya.

Inti ketupat palas biasanya sambal atau serunding, sama ada serunding ayam, daging atau ikan. Ada juga inti jenis kekacang seperti kacang catak dan kacang merah.

Sebenarnya, kebanyakan ketupat palas tidak mempunyai inti kerana rasanya sudah sedap dengan rasa pulut lemak dan sedikit manis. Ketupat palas tawar pun ada.

Menariknya, ketupat palas juga kini ada dipasarkan secara online. Ia boleh disimpan selama seminggu jika dimasak secara betul dan dibungkus kemas.

No comments:

Post a Comment