Pulau
Perhentian, Terengganu antara lokasi pelancongan mendapat sambutan pelancong
dari dalam dan luar negara. Selain keindahan alam di daratan, tarikan ramai
pelancong ialah aktiviti snorkeling di kawasan laut sekitar pulau.
Memandangkan
banyak bilik dan tarikh tempahan sentiasa penuh, ada pengusaha pelancongan
mengambil usaha mengendalikan pakej Daytrip Snorkeling Pulau Perhentian ni.
Pakej
daytrip ni customer akan naik bot di jeti Kuala Besut awal pagi jam 8 atau 9
pagi untuk ke Pulau Perhentian dan balik semula ke jeti Kuala Besut petang
seawal 4 petang.
Trip
daytrip Pulau Perhentian ni memang seronok sebenarnya. Biarpun sekejap, tetapi
berbaloi dengan kos yang murah kerana tidak perlu menyewa penginapan di Pulau
Perhentian.
Keseronakan dirasakan lebih lebih lagi kalau pergi berkumpulan dengan keluarga, rakan sekerja atau rakan-rakan yang memang sporting dengan aktiviti air.
Jangan
risau kalau tak pandai berenang. Aktiviti ini ada guide yang membantu sepanjang
aktiviti daytrip ni.
Peralatan
snorkeling pun disediakan. Life jaket dan pelampung pun ada.
No comments:
Post a Comment