Friday, 16 August 2019

GUNUNG HIJAU BUKIT LARUT TAIPING

Bukit Larut (dahulunya dikenali Bukit Maxwell) merupakan resort bukit tertua di Malaysia. Bukit Larut telah dibuka sebagai pusat peranginan pada tahun 1884. Ketinggian Bukit Larut adalah kira-kira 1250 meter di atas aras laut.

Selain menikmati keindahan di kawasan yang telah dibangunkan sebagai kawasan tumpuan pelancong, pengunjung boleh mencabar kekuatan fizikal dan mental mendaki Gunung Hijau yang termasuk bawah penyeliaan Taman Peranginan Bukit Larut.

Ketinggian Gunung Hijau 1,449 meter. Jadi, mereka yang sudah berada di puncak Bukit Larut perlu mendaki ketinggian kira-kira 200 meter.

Tempat permulaan mendaki terletak berhampiran dengan pecawang TM puncak Bukit Larut. Terdapat laluan untuk menuju ke puncak.

Pendaki berpeluang menikmati pemandangan indah sepanjang pendakian. Keadaan hutan sekitar yang sangat indah dan masih dara.

Suasana damai dan ditambah lagi dengan kelembapan udara menjadikan ia satu pengalaman seperti mendaki gunung melebihi 2000 meter dari paras laut.

Cuaca sejuk di Gunung Hijau terjadi memandangkan kawasan Bukit Larut merupakan kawasan tadahan hujan paling kerap di Semenanjung Malaysia. Boleh dikatakan setiap petang hujan akan turun di kawasan tersebut.

Pendakian Gunung Hijau tidak melalui laluan sukar. Jadi, ia boleh didaki kanak-kanak berusia bawah 12 tahun asalkan cergas dan mendapat dorongan orang dewasa.

No comments:

Post a Comment