Saturday 17 August 2019

SEKOLAH CONTOH ALIRAN PERTANIAN


Sekolah Menengah Kebangsaan Kedondong, Pasir Mas boleh dijadikan contoh bagaimana proses pendidikan bukan sahaja pada teori, tetapi lebih penting praktikal.

Pelajar mata pelajaran vokasional (MPV) aliran pertanian menjalani latihan praktikal secara 'serius' apabila berjaya mengusahakan tanaman nenas 22,000 pokok di kawasan sekitar sekolah.

Usaha tersebut biarpun hanya disertai sejumlah pelajar yang kecil bilangannya berbanding keseluruhan pelajar di sekolah berkenaan, ia mampu memberi galakan dan pengalaman kepada seluruh pelajar tentang kerjaya bidang pertanian.

Selain menanam nenas, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kedondong pernah menanam tembikai, fertigasi cili, terung, tembikai rock melon, jagung  dan beberapa jenis tanaman lain.

Kejayaan itu bukan sahaja menjadikan sekolah berkenaan menjadi rujukan dalam menjayakan projek pertanian di peringkat sekolah di Kelantan, bahkan dianggap terbaik di seluruh negara.

Justeru, SMK Kedondong sering menjadi rujukan utama dalam merealisasikan aliran pengajian aliran pertanian oleh sekolah lain.

No comments:

Post a Comment