Saturday, 17 August 2019

SEJARAH SMK KUBANG KERIAN 3

Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 3 (SMKKK 3), Kota Bharu, Kelantan telah bermula pada tahun 2007 di atas tanah seluas 10.1 ekar yang berada di Mukim Pauh.

Pembinaan SMKKK 3 siap sepenuhnya pada tahun 2011. Pada bulan Oktober 2011 pihak kontraktor dengan rasminya menyerahkan projek sekolah ini ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan pada tanggal 16 November 2011.

Sebagai tanda permulaan operasi SMKKK 3, seramai 87 orang pelajar pengambilan kohort pertama telah dibuat. Pelajar tingkatan 1 berkenaan adalah asal pelajar dari SMK Panji dan SMK Kubang Kerian, Kota Bharu. Manakala seramai 8 orang guru telah ditempatkan di sekolah ini.

Pada bulan Januari 2012, sekolah mula menerima pelajar tingkatan 1 dari sekolah saluran yang berhampiran iaitu SK Demit, SK Kubang Kerian 3 dan SK Sultan Ismail 4.

Pada tahun 2013, SMKKK 3 telah  menerima pelajar tingkatan 4 seramai 71 orang dari SMK Panji dan SMK Kubang Kerian.

Pada tahun 2013, pelajar tingkatan 3 menghadapi peperiksaan PMR dan merupakan anak sulung yang menghadapi peperiksaan PMR di sekolah ini.

Seterusnya, pada tahun 2014 pula seramai 69 calon telah mengambil peperiksaan SPM dan seramai 185 calon menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

No comments:

Post a Comment