Saturday 17 August 2019

BUKIT LARUT TAIPING DESTINASI PERCUTIAN

Bukit Larut merupakan resort bukit tertua di Malaysia. Bukit Larut telah dibuka sebagai pusat peranginan pada tahun 1884. Ketinggian Bukit Larut adalah kira-kira 1250 meter di atas aras laut.

Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi yang paling basah di Malaysia. Hampir setiap hari pada waktu petang, hujan bukit turun di kawasan ini.

Bukit Larut atau Bukit Maxwell dinamakan sempena residen British ketika itu iaitu George Maxwell pada 1880.

Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam. 

Untuk berkunjung ke Bukit Larut ada dua pilihan. Pertama dengan cara mendaki atau berjalan kaki. Masa pendakian lebih kurang tiga jam atau mengikut kemampuan individu.

Pendakian ikut jalan tar sepenuhnya sehingga ke puncak. Terdapat wakaf atau tempat perhentian dibina di sepajang laluan itu untuk berehat sebelum meneruskan pendakian.

Pilihan kedua ialah dengan menggunakan perkhidmatan kenderaan yang disediakan oleh pihak Taman Bukit Larut. Ada bayaran dikenakan. Pergerakan turun dan naik perkhidmatan kenderaan itu mengikut masa ditetapkan.

Perjalanan menggunakan kenderaan mengambil masa selama 30 minit melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam di lereng bukit.

Untuk bermalam di Bukit Larut, pastikan tempahan awal dibuat kerana kediaman di situ agak terhad.

1 comment: