Saturday, 17 August 2019

PROJEK NANAS I-COOL PINE KB VELLY KAMPUNG BEDAL

Aktiviti pertanian satu usaha menguntungkan dan berbaloi. Pertanian bukan sekadar bercucuk tanam di tepi atau belakang rumah. Untuk mendapat mendapat untung besar perlulah dilakukan dalam skala besar. Itu matematik mudah yang semua orang faham.

Berdasarkan hakikat itulah seorang usahawantani telah mengusahakan tanah seluas 6 ekar untuk tanaman nanas MD2.

Sesuai dengan cita-cita dan iltizam yang unggul, projek itu dinamakan i-Cool Pine KB Velly. Perkataan 'KB' bukan merujuk kepada 'Kota Bharu' yang umum diketahui, tetapi adalah singkatan kepada 'Kampung Bedal', Bukit Sireh, Kuala Krai, Kelantan.

Projek di tapak 6 ekar itu dianggap sebagai permulaan. Kawasan tanaman yang diusahakan dengan tanaman nanas MD2 akan diperluaskan pada masa akan datang.

Nanas MD2 adalah antara jenis nanas terbaik dan memberi pulangan yang menguntungkan. Permintaan terhadap nanas MD2 amat tinggi untuk pasaran tempatan mahupun eksport.

No comments:

Post a Comment