Saturday, 17 August 2019

BATU HAMPAR BURMESE POOL TAIPING

Burmese Pool atau Tasik Burma bukan berada di Burma atau Myanmar. Sebenarnya Burmase Pool terletak di Taiping, Perak.

Tidak pula diketahui sejarah mengapa ia dikenali Burmese Pool. Adakah ia mula ditemui oleh orang Burma atau pernah menjadi penempatan utama orang Burma pada suatu ketika dahulu.  

Burmase Pool adalah destinasi rekreasi utama warga Taiping untuk mandi-manda dan berkelah. Di kalangan orang Taiping ia juga dikenali dengan nama Batu Hampar. Ia terletak berhampiran Taman Tasik Taiping dan Zoo Taiping.

Kedudukan Burmase Pool kira tidak jauh dari pusat bandar Taiping. Sebab tu ada menganggapnya sebagai berada dalam kawasan bandar. Maka ia tidak sukar untuk dikunjungi.

Burmese Pool dari segi geografi atau kedudukan lokasi dikira berada di kaki Bukit Larut. Air yang mengalir di kawasan tersebut adalah Sungai Batu Tugoh. Airnya jernih dan dingin turun dari Bukit Larut yang kerap menerima hujan.

Pihak berkuasa tempatan menyediakan pelbagai kemudahan di kawasan tersebuat seperti tempat letak kenderaan, wakaf atau pondok, kedai makan dan tandas awam.

Diingatkan kepada pengunjung ke Burmese Pool dan mana-mana tempat peranginan lain, tolong jaga kebersihan.

1 comment: