Anggota
tentera sekadar memendam rasa dan tahan marah apabila mereka dihina dan
diperlekehkan oleh orang awam. Mereka tidak boleh bersuara secara umum untuk
membela diri.
Mereka
bukan sahaja terikat dengan undang-undang biasa dikenakan terhadap orang awam,
tetapi lebih tegas memerhati mereka ialah Akta Angkatan Tentera 1972 (Akta 77).
Justeru,
yang diharapkan oleh anggota tentera untuk membela mereka agar tidak terus
dihina dan diperlekehkan ialah orang awam, Persatuan Veteren Angkatan Tentera
Malaysia (PVATM), Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT) dan NGO lain.
PVATM
dan PATRIOT perlu tampil kehadapan 'menyerang' kembali apa-apa sahaja isu yang
bersifat menghina anggota tentera. Ini kerana serangan itu juga terkena kepada
mereka biarpun telah menamatkan perkhidmatan.
Presiden
PVATM dan PATRIOT perlu berani dan ikhlas menentang segala bentuk penghinaan
terhadap anggota tentera. Jangan hanya bersuara dalam isu-isu yang dilihat
membodek dan menyokong kerajaan sahaja.
Kementerian
Pertahanan perlu bertindak tegas mempertahankan maruah anggota tentera yang berada
di bawah pentadbirannya.
Jangan
pandang mudah isu penghinaan terhadap tentera. Anggota tentera bukan patung
yang tidak berperasaan. Mereka juga ada maruah dan harga diri yang perlu
dipertahankan.
Kita berharap
tidak akan berlaku tindakan luar kawal di kalangan anggota tentera sebagai tindakbalas
terhadap isu ini.
No comments:
Post a Comment