Saturday, 17 August 2019

DAKWAH DI STADIUM SULTAN MUHAMMAD KEEMPAT


Stadium Sultan Muhammad Keempat bukan sahaja menjadi medan untuk perlawan bolasepak atau aktiviti sukan yang biasa dikaitkan dengan kegunaan stadium.

Stadium Sultan Muhammad Keempat juga juga menjadi lokasi atau medan untuk menyampaikan dakwah atau program keagamaan.

Program keagamaan termasuk bersembahyang berjemaah dilakukan di Stadium Sultan Muhammad Keempat kerana ia luas dapat menampung ramai jemaah.

Selepas melaksanakan sembahyang berjemaah, terus diadakan program ceramah agama.

Stadium Sultan Muhammad Keempat pernah menjadi lokasi ceramah oleh penceramah dari luar negara seperti Ahmed Dedat, Ustaz Somat dan Dr Zakir Naik (sekadar menyebut beberapa nama).

Stadium yang berkapasiti 20000 tempat duduk itu mampu menampung kira-kira 40000 orang jika kawasan padang dan balapan turut digunakan.

No comments:

Post a Comment