Apabila
ada pihak mendakwa tentera hanya makan tidur, itu tanda mereka jahil tentang
tugas dan peranan tentera. Memang ramai tidak tahu tugas tentera kerana mereka
melakukan tugas di perbatasan atau kawasan keselamatan.
Jarang
orang awam tahu tentang tugas tentera. Malah, ahli keluarga tentera sendiri
tidak tahu tempat atau lokasi suami, anak atau bapa mereka bertugas.
Ada lokasi yang tidak dibenarkan orang awam
memasuki kawasan tersebut. Aggota tentera berada di lokasi itu berbulan-bulan
lamanya setiap kali penugasan sebelum diganti anggota lain.
Hakikatnya, tugas tentera berjalan sepanjang
masa. Tugas mereka amat penting dan jika leka seketika akan membawa bahaya
kepada keselamatan negara.
Memandangkan orang awam tidak tahu tugas
tentera, Kementerian Pertahanan dengan kerjasama media perlu menyebarluas
maklumat dan tugas tentera kepada awam setakat mana maklumat yang boleh
didedahkan.
Kita sedia maklum, tidak semua maklumat mengenai
ketenteraan boleh dikongsikan kepada orang awam. Jadi, kongsi dan sebarkan setakat
yang boleh.
Program mengenai ketenteraan perlu disebarkan
kepada orang awam kerana ia mampu menanam sikap patriotik kepada rakyat. Mereka
akan tahu bukan kecil peranan dan pengorbanan anggota tentera dalam memastikan keamanan
negara terjamin.
No comments:
Post a Comment