Saturday, 21 September 2019

Jambu air kancing rasa masam manis

Jambu air atau di Kelantan lebih dikenali jambu nawar. Jambu nawar memang banyak jenis, sama juga dengan banyaknya jenis atau varieti jambu batu.

Salah satu varieti jambu nawar yang ada ialah jenis kecil berwarna merah. Ada yang memanggilnya jambu air kancing atau jambu nawar kancing.

Nama kacing digunakan mungkin kerana bentuknya berupa seperti kancing baju perempuan.

Pokok nawar kancing atau kecil ini memang lebat berbuah. Dalam setahun berbuah beberapa kali.

Rasa buahnya masam manis. Memang sedap dimakan terus atau dicicih dangan perisa seperti cuka, kicap dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment