Pusat Pengajaian Pertahanan Nasionas (Puspahanas) bertempat di Presint 1, Putrajaya merupakan sebuah pusat pengajian Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang
dibangunkan sebagai sebuah kolej pengajian yang moden dan kondusif dengan
menempatkan tiga pusat pengajian di bawah ATM. Tiga
institut berkenaan adalah Maktab Ketahanan Nasional (MKN). Maktab
Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT)
Sebelum
ini MPAT dan MTAT beroperasi di Kompleks Kementerian Pertahanan di Jalan Padang
Tembak. Pemindahan kedua-dua maktab ini bagi menyediakan ruang pengajaran dan
pembelajaran yang lebih kondusif kepada pelajar di maktab berkenaan.
MKN
adalah maktab yang baru diwujudkan. Sebelum ini MKN diwar-warkan akan dikenali Maktab
Pertahanan Nasional (NDC).
Ketiga-tiga
maktab berkenaan menyediakan kursus bagi peningkatan kerjaya pegawai-pegawai
tentera dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan dalam ATM.
MTAT
menyediakan kursus kepada pegawai berpangkat mejer atau setaraf bagi membolehkan
mereka dipertimbangkan kenaikan pangkat kepada Leftenan Kolonel setelah tamat
kursus dengan jayanya.
Manakala
kursus di MPAT pula mengambil pelajar yang berpangkat Leftenan Kolonel atau
setaraf untuk melayakkan mereka dipertimbangkan ke pangkat Kolenel apabila
tamat pengajian.
Manakala
pengajian di MKN pula khusus untuk pegawai kanan berpangkat Kolenel dan
Brigediar Jeneral.
No comments:
Post a Comment