Friday 26 March 2021

AK 27 – PAS KELANTAN GAGAL URUS BEKALAN AIR BERSIH

Sehari dua ini geger riuh di Kelantan isu air. Iya, air adalah perkara asas yang sensitif. Tak ada air payah nak buat semua benda. Rakyat Kelantan menanggung sudah lama masalah berkaitan air. Kerajaan Kelantan paling gagal dalam pengurusan air bersih untuk rakyat.

Namun rakyat Kelantan ni memang kreatif. Mereka berusaha sendiri untuk memenuhi keperluan air di rumah.

Ini contoh usaha rakyat Kelantan untuk mengatasi masalah bekelan air.  

Cuma ambo sendiri lah, isu ni kita tak boleh nak tunggu kerajaan selesaikan secara total, makan masa nak selesai. Kita sendiri kena ikhtiar. Kalu tunggu pun bukan blh selesai masalah. Rumah ambo jenis rumah buat atas tanah padi yang di tambun. Air memang keruh dan berkeladak. Apa yang ambo buat ialah ambo guna sistem 2 tangki. 1 tangki untuk tapis dan 1 tangki untuk simpan. Tangki yang menapis guna sistem 4 lapis iaitu pasir, batu, arang dan pasir pantai. Kedalaman telaga ambo pula ialah 14 kerek iaitu sekitar 35 kaki. Telaga tak kan kering walaupun kemarau panjang.

Alhamdulillah air yang sudah ditapis dan disimpan menang jernih dan tak berbau. Boleh terus diminum. Cuma bil api lah tinggi sikit sebab guna 2 enjin air. Modal untuk buat semua tu kalu buat sendiri tak mahal. Kalu upah orang mahal la sikit. Pokoknya kena ada ikhtiarlah.

Setuju sengat dengan apa yang diperkatakan individu berkenaan, iaitu kena ada ikhtiar.

Tetapi, apakah yang mampu diikhtirkan oleh penduduk yang tinggal di bandar, khususnya di rumah pangsa dan apartment. Sekarang ini banyak rumah tinggi dibina di Kota Bharu.

Maka cadangan ambo ialah yang sebenar-benar kena ikhtiar untuk selesaikan masalah bekalan air bersih di Kelantan ialah kerajaan Pas Kelantan sendiri. Usah berdalih lagi.

No comments:

Post a Comment