Masalah bekalan air bersih dihadapi penduduk Kelantan masih berterusan. Masalah dihadapi berlaku bukan tidak berjadual seperti dihadapi penduduk di luar Kelantan. Sebaliknya di Kelantan, di sesetengah tempat berlanjutan sehingga melebihi setengah tahun.
Untuk mendapat bekalan air bersih mereka terpaksa menggali telaga tradisional atau membuat telaga jejari, mengikut mana yang sesuai. Selain itu, Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) menyediakan tangki statik yang diisi air untuk keperluan penduduk setempat.
AKSB merancang pembinaan loji baharu bagi menampung bekalan air untuk penduduk. Satu loji rawatan air kini dalam pembinaan di Kampung Telok, Panji, Kota Bharu.
Loji yang menggunakan teknologi ozon ini pada awalnya dijangka siap dan mula beroperasi pada akhir Disember 2019, kini masih belum siap. Apabila siap nanti, loji rawatan air itu dijangka mampu menghasilkan sebanyak 30 juta liter air terawat sehari.
Penghasilan air dari Loji Rawatan Air Kampung Telok itu nanti dapat membantu menampung pengeluaran dan penyaluran bekalan air terawat dari Loji Rawatan Air Chica, Kubang Krian.
Kerajaan Kelantan berusaha meningkatkan penghasilan air terawat untuk penduduk sehingga 600 juta liter sehari bagi seluruh Kelantan. Pun begitu, jumlah itu hanya memenuhi keperluan kira-kira 70 peratus keperluan sebenar.
No comments:
Post a Comment