Friday, 5 March 2021

APA MAKSUD PERKATAAN WEWENANG?

Mereka yang membaca kenyataan media Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 04 Mac 2021 akan menemui perkataaan ‘wewenang’ pada para keenam. 
 
“Meskipun begitu, Barisan Nasional dengan rendah diri merayu kepada KDYMM Seri Padaka Baginda Tuanku Agong, sekiranya diperkenankan, untuk menitahkan Sidang Parlimen diadakan dengan kadar segera dengan menggunakan kuasa wewenang Duli Tuanku di bawah Seksyen 14 (I)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 dibaca bersama Perkara 40 (2) Perlembagaan Persekutuan. Di mana, Sidang Parlimen dapat membentangkan perkara-perkara berikut: 
 
(a) Pengisytiharan Darurat serta Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 bagi memastikan prinsip hak asasi manusia, kebebasan masyarakat madani, ketulusan dan kedaulatan undang-undang dapat dipelihara; 
 
(b) Keberkesanan langkah-langkah untuk membendung penularan wabak COVlD-19 demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat; 
 
(c) Keberkesanan pelaksanaan Belanjawan 2021 demi memastikan kelangsungan hidup rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40); 
 
(d) Keberkesanan ikhtiar pemulihan ekonomi negara semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP);” 
 
Apa maksud perkataan wewenang? Perkataan wewenang adalah asal perkataan Jawa yang bermaksud hak dan kekuasaan untuk berbuat sesuatu atau untuk mengeluarkan perintah.

No comments:

Post a Comment