Ahli
politik memang ingin dikenali. Kalau belum ada jawatan, mengharapkan akan
mendapat jawatan disebabkan dia dikenali. Kalau yang sudah berjawatan, ingin
terus kekal atau meningkat lebih tinggin dan hebat lagi.
Sebab
itu, setiap perkara yang dilakukan, mesti dihebahkan kepada orang ramai. Biar
rakyat tahu dia telah melakukan sesuatu yang dipandang baik.
Selain
gambar dan nama dicetak dikain rentang, ia turut dicetak di apa sahaja yang
boleh dijadikan menghebahkan bahawa dia telah melakukan atau terlibat dalam
perkara baik itu.
Biasanya
jika serahan sumbangan, gambar dan nama akan terpapar di sampul surat, bekas
plastik, botol, kotak dan sebagainya.
Melekatkan
atau mencetak gambar pemimpin di kotak atau pembungkus bukan satu tindakan yang
bijak.
Kotak
itu pastinya akan dibuang ke dalam tong sampah. Mungkin juga dijadikan alas tempat
duduk, dipihak dan sebagainya.
Betapa
hinanya pemimpin tersebut yang gambarnya tidak dihormati, samalah diri dia sendiri
tidak dihormati.
No comments:
Post a Comment