Pernahkah anda terfikir kenapa kurma dipanggil ruthod dan ada pula dipanggil tamar? Apakah ciri-ciri membezakannya?
Sebenarnya,
beza antara ruthob dan tamar adalah kerana tahap kematangan kurma yang berbeza.
Secara
umumnya, kurma mempunyai 5 tahap kematangan:
Tahap
1: Hababauk
Tahap
ini merupakan tahap terawal di mana kurma baharu sahaja mengalami proses
pendebungaan.
Saiz
kurma: Sebesar kacang pis
Warna:
Hijau
Tidak
boleh dimakan
Tahap
2: Kimri
Pada
hari ke-16, kurma akan memasuki tahap kedua iaitu dikenali sebagai kimri. Pada
tahap ini, bentuk kurma akan makin membesar.
Saiz:
Membesar dan belum mencapai tahap maksimum
Warna:
Hijau, hijau kekuningan
Rasa:
Pahit, masih tidak boleh dimakan
Tahap
3: Khalal/Balah
Pada
hari ke-105, kebiasaannya kurma akan mencapai tahap kematangan ketiga, iaitu,
khalal. Pada tahap ini, kurma lebih dikenali sebagai kurma muda dan sudah boleh
dimakan.
Saiz:
Mencapai saiz kebiasaan kurma
Warna:
Kuning
Rasa:
Manis-manis kelat
Tahap
4: Ruthob
Pada
hari ke-120 pasca pendebungan, kebiasaannya kurma telah mencapai tahap ruthob
dimana kurma sudah mula masak.
Saiz:
Saiz maksimum kurma
Warna:
Coklat
Rasa:
Manis seperti ciku dan rangup
Tahap
5: Tamar
Pada
hari ke-150, kurma telah memasuki tahap terakhir kematangan iaitu tahap tamar.
Pada tahap ini, kurma telah masak sepenuhnya dan telah kering.
Saiz:
Kecil berbanding ruthob
Warna:
Coklat
Rasa:
Manis
No comments:
Post a Comment