Pisang benggala atau pisang gala adalah
sejenis pisang yang popular di negeri Kelantan. Isi pisang gala memiliki rasa
yang manis. Tetapi oleh kerana buahnya terlalu padat dengan biji yang keras ia
kurang popular untuk dimakan segar.
Pisang
gala ditanam untuk mendapatkan daun, buah muda dan jantung. Daun pisang gala digunakan
untuk membungkus nasi dan macam-macam jenis kuih kerana ia tidak mudah koyak
dan tebal.
Manakala
buah yang muda biasanya digunakan untuk masakan acar yang dikenali acar pisang
benggala. Pada waktu itu biji-bijinya yang banyak itu masih lagi lembut dan
boleh dimakan.
Acar
pisang gala mempunyai rasa acar masam-manis dan pedas. Ia boleh dimakan dengan
nasi atau lain-lain yang sesuai dengannya. Acar pisang gala mendapat permintaan
tinggi di kalangan penduduk di Kelatan, dan kini turut tersebar di seluruh Malaysia.
Jantung
pisang gala juga sesuai dijadikan sayur atau ulam. Ia menjadi pilihan kerana
rasanya tidak kelat dan agak lembut berbanding jantung pisang jenis lain. Selain
dibuat ulam cicah dengan budu, jantung pisang gala juga dibuat acar.
Batang
pisang gala pula biasanya dijadikan makanan haiwan, terutama lembu. Batang
pisang itu akan dicincang atau dipotong kecil bagi memudahkan lembu memakannya.
No comments:
Post a Comment