Thursday 13 April 2023

BAYAR ZAKAT FITRAH SECARA DALAM TALIAN

 
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menerima bayaran zakat fitrah secara dalam talian. Kemudahan itu memberi peluang kepada individu membayar zakat fitrah dengan lebih mudah di mana-mana dan bila-bila masa dalam tempoh pembayaran zakat fitrah yang ditetapkan oleh syarak.
 
Harga zakat fitrah untuk Negeri Kelantan bagi tahun 1444H/2023M telah ditetapkan sebanyak RM7.00 untuk setiap orang. Walau bagaimanapun, mana-mana individu yang ingin membuat bayaran RM14.00 atau RM21.00 berdasarkan keselesaan menurut harga beras yang dimakan adalah digalakkan.
 
Waktu membayar atau menunaikan zakat fitrah ialah sepanjang Ramadan hingga sebelum imam angkat takbir sembahyang sunat Aidilfitri.
 
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
 
Untuk membuat bayaran, boleh terus klik pautan  https://efitrah.e-maik.my 

No comments:

Post a Comment