Monday, 18 September 2023

MAKSUD “NUNGGING NYO” DIALEK KELANTAN

 
Perkataan "nungging nyo" kerap disebut di kalangan penutur dialek Kelantan. Perkataan itu tergolong dalam kategori kata kiasan dan kata penguat. Kata penguat itu menunjukkan betapa kuat, hebat, teruk atau darjah sesuatu keadaan. 

Perkataan “nungging nyo” digunakan sebagai kata penguat kepada jatuh atau rebah. Rebah nungging nyo bermaksuk rebah yang berguling ke hadapan. Nungging nyo juga bermaksud orang yang kecewa sangat.
 
Dalam aktiviti sukan, nungging nyo adalah pergerakan guling hadapan. Dalam bahasa Inggeris dipanggil “forward roll”. Istilah “forward roll” paling terkenal dalam latihan tentera.
 
Dinamakan nungging nyo kerana pergerakannya seperti buah kelapa tua bergolek. Buah kelapa tidak betul-betul bulat apabila bergolek ada “seni” pergeraknnya.
 
Perkataan ‘nungging’ adalah asal perkataan baku menonggeng dan perkataan “nyo” adalah kelapa. Jadi, kalau hendak dibakukan ia menjadi “menonggeng kelapa”

No comments:

Post a Comment