Kopi Cap Gantang menjadi
pilihan penggemar kopi di Kedah, terutama sekitar daerah Baling. Kilang
memproses Kopi Cap Gantang terletak di Kampung Mengkuang Hujung, Kuala Pegang,
Baling, Kedah.
Kopi Cap Gantang kini menjadi antara jenama kopi terkenal yang
mendapat permintaan ramai dari seluruh Malaysia, terutama apabila dipasarkan
melalui internet.
Kopi Cap Gantang mempunyai aroma
keharuman tersendiri dan kelazatan yang boleh menyegarkan tekak dan pernafasan
serta amat baik untuk kesihatan.
Jenama kopi Cap Gantang diusahakan Mohamed Hassan Mohamed Rawter, anak
kelahiran Kampung Kubang Panggas, Kubang Rotan, Alor Setar, Kedah.
Berhijrah ke Kuala Pegang, Baling pada
tahun 1984 untuk bekerja di kilang kopi Cap Songkok dengan gaji RM6 sehari. Pada
tahun 1990, berhenti kerja di kilang kopi Cap Songkok untuk mula perniagaan kopi
sendiri dengan menggoreng kopi di tepi rumah.
Ketika itu sasaran pengeluaran kopi keluaran
“tepi ruman” itu hanya 30 kilogram lebih saja sebulan. Kini, selepas lebih 30
tahun, pengeluaran kopi Gantang sudah mencecah lebih 5 ribu sehari.
Itulah hasil kesungguhan, fokus, istiqamah
dengan usaha dan inovatif. Semoga terus berjaya.
No comments:
Post a Comment