Thursday, 25 January 2024

KATA-KATA PUJIAN TERHADAP IMAM SYAFIE

 
Imam Syafie menghafal al Quran sewaktu berumur 9 tahun. Beliau menghafal serta mengkaji Kitab Al Muwatta' yang ditulis oleh Imam Malik selama 10 tahun. Beliau mempunyai kecerdikan dan daya ingatan yang sangat luar biasa. Malah beliau dibenarkan memberikan fatwa sendiri oleh gurunya sewaktu berusia 15 tahun sewaktu mengajar di Masjidil Haram.

Antara pujian atau pengiktirafan ulama-ulama lain kepada Imam Syafie ialah:

- Imam Malik bekas gurunya berkata;  "Tidak ada lagi keturunan Quraisy yang lebih pandai daripada Imam Syafie "

- Imam Ahmad bin Hanbal berkata: "Wahai anakku, Imam Syafie itu seperti matahari bagi dunia dan seperti kesihatan bagi tubuh ".

- Imam Ahmad bin Hanbal juga pernah mengungkapkan kata "Saya belum faham mengenai ilmu hadis kecuali setelah belajar dengan Imam Syafie"

- Kata-kata lain Imam Ahmad bin Hanbal mengenai Imam Syafie ialah: "Setiap ahli hadis yang memegang tinta adalah terhutang budi dan jasa kepada Imam Syafie"

- Imam Muhammad bin Al Hakam berkata: "Saya belum berjumpa seorang yang lebih mengetahui, cerdik akalnya, lebih cerdas fikirannya, lebih cermat amalannya, lebih fasih lidahnya daripada Imam Syafie "

- Imam Muhammad bin Al Hakam juga berkata: "Saya belum berjumpa seorang yang lebih mengetahui berkenaan usul fiqh selain dari Imam Syafie"

No comments:

Post a Comment