Tuesday, 7 May 2024

CARA IKHTIAR HALANG PENYAKIT AIN

 
Hukum merenjis atau membilas kenderaan dengan air dibaca ruqyah mengandungi ayat al-Quran dan zikir adalah dibenarkan dan diharuskan dalam syarak. Perkara itu dijelaskan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan susulan polemik di media sosial mengenai video tular seorang ulama dari Pattani, Thailand merenjis air ke kereta hingga ada warganet menganggapnya khurafat dan tidak dilakukan Nabi Muhammad SAW serta sahabat.
 
Menurut kenyataan itu, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya daripada sebarang perkara yang tidak diingini seperti kecurian, kemalangan dan penyakit ain.
 
Penyakit ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang. 
 
Berkaitan penyakit ain, Nabi SAW pernah menyebut bahawa penyakit ini sesuatu yang benar dan apabila seseorang diminta untuk mandi bagi menyembuhkan penyakit itu, maka hendaklah dia mandi.
 
Nabi SAW bersabda: "Penyakit al-Ain itu benar. Jika ada sesuatu yang menjangkaui qadar makan 'ain yang dapat menjangkauinya. Jika diminta kepada kamu untuk mandi (sebagai penyembuhan), maka hendaklah kamu mandi. (Hadis riwayat Muslim).
 
Sebahagian ulama menyebutkan penyakit ain juga menimpa kepada haiwan dan benda-benda tidak bernyawa seperti pokok, batu, kereta dan seumpamanya.
 
Terdapat pelbagai cara untuk melindungi diri daripada penyakit ain seperti membaca ruqyah dan doa.

No comments:

Post a Comment