Thursday, 13 June 2024

PENGARUH SKRIN KEPADA REMAJA

 
Skrin adalah tempat gambar boleh dilihat. Skrin televisyen, telefon pintar, komputer, pawagan dan sebagainya adalah antara bentuk skrin yang paling banyak memaparkan gambar dan video untuk ditonton.
 
Paparan skrin dalam bentuk filem dan video paling banyak mempengaruhi kehidupan manusia zaman sekarang. Peranan dan pengaruhnya amat besar dalam membentuk moral dan nilai hidup manusia.
 
Pakar kajian sosial mendapati filem amat besar kuasa skrinnya kerana ia berkeupayaan untuk mencipta khayalan pada penonton. Malah filem mampu mengawal pemikiran penonton (Ribstein 2001).
 
Lebih dari itu filem mampu menguasai tingkah laku manusia (Rosmawati 2011).
 
Malah, kajian dari sudut reception theory juga mendapati filem punya keupayaan dalam mempengaruhi pemikiran serta sikap kepenggunaan di mana khalayak penonton mencari, menempah dan memakai fashion pakaian yang dipakai oleh watak-watak utama yang menjadi pujaan mereka di filem (Weber 2015).
 
Banyak kes atau pelakuan negatif melibatkan golongan remaja dipercayai hasil pengaruh skrin filem dan televisyen. Mereka tepengruh atau ingin meniru apa yang mereka lihat di skrin.
 
Maka ibu bapa wajib tapis dan kawal apa yang boleh dan tidak boleh ditonton oleh anak-anak mereka. Dunia tanpa sempadan mendedahkan remaja kepada capaian pelbagai sumber daripada laman web. Beringatlah, tontonan boleh mengubah cara berfikir dan tingkah laku manusia.
 
Maka, pilihlah tontonan yang kita boleh peroleh pahala dari tontonan itu. Iman dan akhlak akan lebih terjaga.

No comments:

Post a Comment