Di Kampung Padang Lepai, Kadok terdapat
industri membuat tembikar dan seramik yang diusahkan oleh Maju Saintifik. Aktiviti
yang dijalankan melibatkan kepakaran sanstifik tentang penggunaan sumber semula
jadi untuk manfaat semua.
Industri dan penggunaan seramik terus berkembang seiring perkembangan teknologi moden. Ia tidak lagi sekadar industri membuat tembikar, labu sayong atau batu bata semata-mata.
Manariknya, syarikat ini turut mempelawa
penduduk tempatan untuk mempelajari kemahiran pembuatan tembikar untuk
dijadikan sebagai kerjaya mahupun pekerjaan sambilan.
Kemahiran yang diterapkan diharapkan dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui pendekatan inovasi sosial. Ia juga bertujuan melestarikan budaya dan ekonomi komuniti dengan menumpukan kepada industri kreatif seperti pembuatan tembikar atau seramik. Seterusnya, ia juga diharapkan dapat mencapai kelestarian komuniti dengan memanfaatkan kemahiran tradisional untuk mewujudkan peluang ekonomi baharu.
Antara proses yang diajar kepada pelatih ialah
- Penyediaan bahan mentah, model, dan acuan.
- Penyediaan tanah liat, penuangan sup, dan pencorakan.
- Pembukaan acuan, proses kemasan, dan pembakaran.
- Proses licau dan pembakaran.

No comments:
Post a Comment