Sistem demokrasi Raja
Berperlembagaan diamalkan di Malaysia, pemimpin atau pemerintah negara dipilih
melalui Pilihanraya Umum (PRU) yang diadakan mengikut tempoh tertentu atau
Pilihanraya Kecil (PRK) apabila berlaku kekosongan kerusi akibat kematian,
letak jawatan atau hilang kelayakan.
Peluang memilih pemimpin tidak patut dipersia-siakan. Justeru, mereka yang cukup syarat mendaftar sebagai pemilih perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu berbuat demikian.
Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih
adalah seperti yang berikut:
(a) seorang warganegara Malaysia;
(b) telah mencapai umur 21 tahun;
(c) bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
(d) tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.
(b) telah mencapai umur 21 tahun;
(c) bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
(d) tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.
SPR menjalankan 2 jenis pendaftaran pemilih iaitu:
(a) Pendaftaran Baru:
SPR menerima permohonan warganegara yang memohon untuk
mendaftar sebagai pemilih buat pertama kali.
(b) Pendaftaran Tukar Alamat dan Pusat Mengundi:
SPR juga menerima permohonan pemilih berdaftar yang memohon
untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru. Ia dikaitkan dengan
pertukaran alamat Pusat Mengundi kerana secara lazimnya, sekiranya seorang
pemilih berpindah ke tempat baru, maka, Pusat Mengundinya akan ditetapkan
mengikut pendaftaran alamat tempat barunya itu.
SPR
menjalankan tugasnya berdasarkan kepada Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.
Rakyat
perlu mendaftarkan diri sebagai pemilih dan melaksanakan tanggungjawab sebagai
pemilih apabila tiba masa pilihanraya. Fungsi pemilih penting untuk menentukan jatuh bangun agama dan bangsa.
Perkembangan
terkini mendapati kadar peratusan orang Melayu mendaftar sebagai pemilih adalah
kurang berbanding kaum lain, terutama Cina.
Tindakan tidak mendaftar sebagai pemilih amat merugikan, terutama bagi memastikan orang Melayu terus berkuasa. Kejatuhan Melayu di Malaysia juga akan menyebabkan kejatuhan kuasa Islam.
Tindakan tidak mendaftar sebagai pemilih amat merugikan, terutama bagi memastikan orang Melayu terus berkuasa. Kejatuhan Melayu di Malaysia juga akan menyebabkan kejatuhan kuasa Islam.
No comments:
Post a Comment