Thursday, 23 January 2025

PUKUL OKU DI KEMAMAN, CEMAR IMEJ ISLAM

 
Insiden lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dipukul di Kemaman terus mencetuskan kontroversi di seluruh negara. 

Hakikatnya, pelakuan itu langsung tidak mencerminkan imej sebenar rakyat Terengganu. Segelintir individu sahaja yang bertindak liar, sama seperti kes di negeri lain, kita tidak boleh menghukum seluruh rakyat negeri tersebut hanya kerana satu insiden.
 
Ia sikap individu dan sekelompok orang sahaja. Jadi, tidak wajar kesalahan itu diletakkan pada bahu seluruh rakyat Terengganu.
 
Perbuatan itu menunjukkan sikap yang cukup keji dan tiada sifat kemanusiaan. Sikap berlagak sombong dan berkuasa sehingga melakukan perbuatan itu secara terang-terang di hadapan khalayak.
 
Sikap sombong merupakan satu sikap yang amat dilarang keras dalam Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.” (Surah al-Israa, ayat 37)
 
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong.” (Hadis riwayat Muslim) 
 
Justeru, betapa buruknya sikap sombong dan kejam, semua orang perlu mendidik jiwa agar terhindar sikap tersebut.
 
Kerajaan Terengganu dan negeri-negeri lain, perlu memperbanyakkan program dan kempen yang menanam sikap berlemah lembut, berkasih sayang, memaafkan dan saling menghormati.
 
Tidak cukup sekadar melaungkan slogam negari Islam, sedangkan perangai rakyatnya tidak mencerminkan sikap yang dituntut oleh Islam.

No comments:

Post a Comment