Isu perpaduan Melayu bukan
baharu. Sudah lama dibincangkan. Setiap tahun ada sahaja cadangan
menyatupadukan orang Melayu, yang dikatakan mengalami masalah perpaduan
disebabkan beberapa faktor.
Ada Melayu tidak bersatu disebabkan fahaman
politik berbeza. Itu perkara biasa dan sudah lama dibahaskan.
Apa yang pasti, usaha memperkasakan bangsa
kita agar menjadi lebih hebat, bermaruah dan berkat perlu digerakkan. Antara
intipati gerakan merangkumi usaha memupuk semangat 'Melayu Hebat' dalam
kalangan generasi muda.
Melayu perlu menjadi bangsa lebih hebat dan
bukannya yang sentiasa mengharapkan ihsan dan bantuan. Keperibadian dan jati
diri Melayu perlu sentiasa diperkasa.
Pasti ini adalah simbol perpaduan paling
bermakna. Apapun, Perpaduan Melayu adalah gagasan penting yang perlu
dilaksanakan. Janganlah kita hanya beretorik, tetapi tidak ada pelaksanaan.
Seperkara penting yang perlu diberi perhatian
ialah keikhlasan. Mereka perlu menginsafi kesilapan yang pernah dilakukan dan
bersikap jujur untuk sama-sama memainkan peranan mengeratkan perhubungan sesama
Melayu.
Bangsa Melayu sebenarnya mempunyai
tanggungjawab penting menentukan masa depan dan hala tuju
negara. Perpaduan Melayu akan menguatkan lagi pengaruh dan peranan orang
Melayu di negara ini.
Gerakan Renaisans Melayu yang dikaitkan
dengan perpaduan Melayu ini boleh dianggap anjakan progresif bangsa Melayu.
Pastinya gagasan ini mampu mengukuhkan kesepakatan dan meningkatkan semangat Renaisans Melayu dengan bercirikan elemen berani, bijaksana, tekun, cemerlang dan penyayang
Pastinya gagasan ini mampu mengukuhkan kesepakatan dan meningkatkan semangat Renaisans Melayu dengan bercirikan elemen berani, bijaksana, tekun, cemerlang dan penyayang
Sudah sampai masanya untuk kita berhenti
menuding jari menyalahkan puak lain. Pastikan usaha ini tiada penghujung kerana
kitalah yang bertanggungjawab memastikan agama Islam, kedudukan kita di bumi
yang berdaulat ini tidak lagi diperlekeh, bahkan terus diperkasakan.
Kita tidak mahu anak cucu kita mengemis di
tanah air sendiri dek kerana kesilapan kita pada hari ini.
No comments:
Post a Comment