Waktu pagi permulaan hidup baru. Amalan biasa pada waktu pagi ialah mengambil atau makan sarapan pagi. Tahukah
anda pengambilan sarapan pagi bukan sahaja memberikan tenaga harian, malahan
terdapat juga bukti menunjukkan bahawa pengambilan sarapan membantu
mengurangkan risiko penyakit kencing manis atau diabetis melitus jenis 2.
Secara asasnya pengambilan sarapan pagi berfungsi untuk menghindarkan
kelaparan dan membantu mengelakkan seseorang terlebih makan pada waktu
kemudian.
Ini akan menggalakkan seseorang mengambil makanan pada kadar
sepatutnya dan membantu mengurangkan risiko obesiti.
Pengambilan sarapan juga memberi kesan psikologi yang positif
dengan kajian yang menunjukkan wanita yang mengambil sarapan akan mempunyai
tahap rintangan insulin dan kolesterol yang lebih rendah.
Tahap kolesterol yang rendah mengurangkan risiko mendapat
penyakit jantung. Berkenaan rintangan insulin, ia merupakan keadaan di mana
hormon tidak mampu untuk membawa glukosa ke dalam sel badan secara berkesan.
Keadaan ini menyebabkan sel badan kelaparan sementara glukosa
berkumpul dalam darah dan memusnah segala saluran darah. Jika keadaan dibiarkan
berterusan lama-kelamaan insulin ini akan menyebabkan diabetis.
Penemuan juga menunjukkan sama ada kanak-kanak mahupun dewasa
yang mengambil sarapan mempunyai berat badan dan kandungan lemak yang lebih
baik lantas mengurangkan risiko penyakit kardiavaskular.
Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang mengambil bijirin
sarapan tinggi serat mempunyai rintangan insulin yang lebih rendah berbanding
mereka yang mengambil jenis makanan lain.
Beberapa tip pengambilan sarapan yang sihat bagi mengurangkan
risiko mendapat penyakit diabetes.
Seeloknya ambil sarapan dalam tempoh sejam atau selepas
berjalan dan elakkan mengambil sarapan yang lewat.
Makan makanan yang tinggi protein kerana kandungan serat yang
tinggi membantu kita kurang rasa lapar dalam tempoh yang lama.
Tambah buahan dan sayuran seperti pisang dalam bijirin dan lada
benggala dalam omelette. Elakkan mengambil pastri, makan makanan manis seperti donut
dan mufin ketika bersarapan. Makanan ini membuatkan kita berasa cepat lapar.
Banyakkan juga minum air kosong setiap hari.
Kebaikkan sarapan pagi yang perlu diamalkan.
- Mengurangkan
berat badan.
- Meningkatkan kuasa otak.
- Tingkatkan mood anda.
- Meningkatkan tenaga.
- Mengurangkan risiko penyakit.
Keburukkan skip sarapan pagi.
- Tidak
membantu menurunkan berat badan.
- Menurunkan kadar metabolisme badan.
- Meningkatkan berat badan.
- Tidak bertenaga.
- Anda tidak akan cantik dan kacak.
No comments:
Post a Comment