Orang kuat berangan dipanggil
Mat Jenin. Timbul rasa malu jika dipanggil Mat Jenin, melambangkan
sekadar kuat berangan-angan yang tidak dapat ditunaikan. Peribahasa
'angan-angan Mat Jenin' diambil dari kisah penglipurlara bertajuk Mat
Jenin.
Kisah Mat
Jenin popular dalam masyarakat Melayu diceritakan turun temurun secara lisan
dan bertulis sebagai warisan bangsa.
Kisah Mat Jenin kuat berangan-angan diceritakan pelbagai versi, tetapi semuanya berkisar kepada kisah seorang anak muda bernama Mat Jenin yang kuat berangan-angan. Pengakhiran kisah hidupnya ditamatkan dengan kematiannya akibat kuat berangan-angan.
Tetapi siapakah Mat Jenin
sebenarnya? Benarkah wujud seorang bernama Mat Jenin dalam masyarakat Melayu di
negara kita pada zaman dulu? Di kalangan pengkaji sejarah, mereka menolak
kewujudan seorang bernama Mat Jenin.
Malah cerita itu dianggap
cerita saduran yang turut menjadi cerita di negara-negara lain menggunakan nama
dan plot cerita berlainan, tetapi tetap berlatarbelakangkan kisah kuat
berangan-angan tidak menjadi kenyataan.
Cerita penglipurlara memang
memberi keseronakan dan pengajaran kepada pendengar atau pembaca. Justeru,
cerita itu terus mendapat tempat dalam masyarakat walaupun berdepan dengan
medium hiburan lain khususnya televisyen dan gejet telekomunikasi.
Cerita Mat Jenin berkisar
tentang anak muda bernama Mat Jenin yang digambarkan kuat berangan-angan yang
dianggap tidak masuk akal dan hanya impian kosong.
Sebenarnya ada pengajaran atau
nilai baik berkaitan kisah Mat Jenin jika dilihat dari sudut positif.
Mat Jenin digambarkan sebagai pemuda yang rajin. Dia sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan asalkan mendatangkan rezeki. Kerja yang sering dilakukan oleh Mat Jenin ialah sebagai pemanjat pokok kelapa untuk menyara hidupnya sebatang kara.

Berlatarkan ketika memanjat
pokok kelapa itulah kisah Mat Jenin dikembangkan sehingga mencapai puncak dia
terjatuh dari atas pokok kelapa.
Kemalangan itu menyebabkan Mat Jenin meninggal yang digambarkan sebagai kesan buruk akibat kuat berangan-angan. Sebab itu orang tidak mahu berangan-angan dan takut mati beragam yang niat atau cita-citanya tidak tercapai.

Sebenarnya, jika dihalusi
cerita Mat Jenin, ada unsur yang sepatutnya dijadikan contoh. Untuk melihat
kebaikan atau contoh baik sikap Mat Jenin, di sini diperturunkan sebahagian
cerita ‘Angan-angan Mat Jenin’ yang biasa diceritakan.
Dikisahkan, sambil memanjat
pokok kelapa, Mat Jenin berangan-angan apa akan dibuat dengan upah yang
diterima, “.... duitnya aku akan gunakan untuk membeli telur ayam.
Telur ayam itu akan diramkan untuk mendapatkan anaknya. Anak ayam-ayam itu akan membesar dan membiak. Lepas itu aku akan menjualnya untuk membeli kambing pula...’
Telur ayam itu akan diramkan untuk mendapatkan anaknya. Anak ayam-ayam itu akan membesar dan membiak. Lepas itu aku akan menjualnya untuk membeli kambing pula...’
Begitulah angan-angan Mat Jenin
ketika sedang memanjat pokok kelapa sehinggalah dia menjadi kaya dan berkahwin
dengan anak raja. Tetapi dia mati terjatuh dari atas pokok kelapa kerana
terlepas pegang pelepah kelapa disebabkan tidak tahan geli digeletek isterinya.
Permulaan cerita cukup bermakna
menunjukkan sikap seorang anak muda yang mempunyai rancangan teliti untuk
menjadi kaya. Dia tidak hanya berangan-angan duduk di bawah pokok, sebaliknya
dia memanjat pokok kelapa untuk mencapai impiannya.
Mat Jenin sepatutnya dianggap ahli fikir dan
perancang yang patut dicontohi. Dia tidak mimpikan kekayaan dengan mudah.
Sebaliknya dia berusaha dari peringkat rendah dan setiap peringkat
perancangannya boleh diterima akal.
No comments:
Post a Comment