Etak atau etok segar sukar
ditemui untuk dibeli. Kebanyakan etok dijual yang sudah disalai atau etak sudah
diproses siap untuk dimakan. Namun, terdapat juga etak segar dijual di pasar pagi atau pasar nat.
Etak segar boleh dibuat
macam-macam resipi. Etak boleh dimasak atau digoreng sama seperti lala, tijah
dan tibing. Antara resipi biasa masak etak ialah tumis kicap dan masak serai.
Etok sejenis hidupan air
tawar dari keluarga kerang yang begitu sinonim dengan kehidupan harian
masyarakat di Kelantan. Dikenali
sebagai corbicula fluminea dalam bahasa saintifik, dulunya amat
mudah didapati di sepanjang sungai di negeri Kelantan. Sebab itu, ia
terkenal dan menjadi kegemaran rakyat Kelantan memakannya.
Jadi, etok menyumbang
kepada kegiatan ekonomi penduduk di sekitar tebing sungai. Kerja mencari
etak atai 'ngokok etok' popular terutama di kalangan penduduk berhampiran
Sungai Kelantan.
Namun itu semua hanya
tinggal sejarah. Kini etak sukar untuk ditemui di dasar sungai di Kelantan
disebabkan pencemaran air sungai dan habitat etak yang diganggu oleh proses
pembangunan.
Etok masih mendapat sambutan dari penggemarnya biarpun harganya kini agak mahal disebabkan faktor sukar untuk mendapat sumber bekalan.
Kebiasaannya sumber etok mentah boleh didapati dari timbunan pasir di dasar Sungai Kelantan tetapi kini pengusaha etok sukar mendapat bekalan kerana hidupan air itu semakin pupus di sungai tersebut.
Kini terdengar banyak rintihan di kalangan peniaga etok. Para 'pencari' etok mendakwa etok semakin sukar didapati di sungai di Kelantan. Aktiviti ngokok etok hampir tidak ada lagi di sungai di Kelantan.
Mereka mendakwa kepupusan etok berlaku berikutan pencemaran air sungai akibat kerja-kerja pembangunan kawasan tanah tinggi di Ulu Kelantan dan pengambilan pasir di sepanjang sungai yang menjadi habitat semula jadi hidupan air itu.
Kebanyakan mereka kini mendapat etok sungai utama di luar Kelantan seperti dari sungai di Perak dan Terengganu bagi menampung permintaan. Sekarang ini ada etok dijual di Kelantan dibawa dari Selatan Thai.
No comments:
Post a Comment