Friday, 12 October 2018

HARGAI KHIDMAT RUNNER HANTAR BARANG

Perkhidmatan pergi mengambil dan menghantar barang atau lebih dikenali sebagai ‘runner’ makin diterima ramai. Perkhidmatan runner telah lama berkembang di luar negara. Sekarang ini perkhidmatan runner telah berkembang dan menjadi satu budaya, terutama di bandar besar.

Kesibukan dan mungkin juga ketidakupayaan untuk melakukan sesuatu yang terdesak mahupun rutin menyebabkan kehidmat runner semakin diperlukan. Perkhidmatan runner digunakan oleh individu mahupun syarikat. Maknanya, ia tidak terhad oleh golongan tertentu sahaja.

Umumnya, khidmat runner digunakan oleh mereka yang tidak sempat dilakukan oleh individu kerana kesibukan tugas atau ada tugas lain yang perlu dilakukan ataupun masalah kesihatan.

Antara tugas dilakukan runner ialah mengambil dan menghantar barang di pejabat pos, memperbaharui lesen, membeli barang keperluan harian, membeli makanan dan sebagainya. Mereka akan mengambil dan menghantar barang yang mampu dibawa dengan motosikal kerana kebanyakan runner menggunakan pengangkutan motosikal. Ada juga yang menggunakan kereta, namun bilangannya sedikit.

Apa yang menarik mengenai servis runner ini adalah kerana memberikan ‘personal servis’. Mereka akan lakukan tugas tanpa banyak soal asalkan difikirkan mampu dilakukan. Mereka akan buat sepertimana itu keperluan mereka sendiri.

Tanpa banyak soal runner akan lakukan seperti dijanjikan. Adakala tugas yang dijangka mengambil masa singkat, terkadang-kadang mengambil masa berjam-jam disebabkan sesuatu yang tidak disangka. Mereka memberi khidmat tanpa mengira waktu, panas mahupun hujan.

Mereka mendapat pelanggan secara iklan di media sosial dan dari mulut ke mulut. Ada runner yang mempunyai pelanggan tetap yang memerukan khidmat mereka secara harian mahupun berkala pada masa-masa tertentu.

Contohnya, ada surirumah menggunakan khidmat runner untuk memberi keperluan harian seperti ikan, sayur dan keperluan lain. Runner menerima tempahan dan membelinya dengan wang yang telah diberikan pelanggan dan ada yang mendahulukan wang sendiri untuk membeli kerana telah mempunyai hubungan baik dengan pelanggan.

Terdapat runner yang melakukan sekadar tugas sambilan pada waktu lapang dan mempunyai tugas tetap. Namun, ada juga runner yang mampu dijadikan kerjaya menampung keperluan hidup harian.

Lebih menarik, runner tidak meletakkan harga tetap bagi khidmatnya itu, sebaliknya membiarkan pelanggan memberikan upah mengikut keikhlasan hati mereka. Kadang-kadang mereka mendapat upah lebih daripada pelanggan yang berpuashati dan tidak berkira dalam soal bayaran asalkan apa yang diperlukan tercapai.

Namun, ada juga pelanggan yang tangkal jering dan mengambil kesempatan kesediaan runner tidak menetapkan upah. Disebabkan pelanggan sedemikan, ada juga runner yang terpaksa menetapkan upah agar berbaloi dengan khidmat yang disediakan. Namun, dalam pada itu, masih ada runner bernasib malang.

Di sini dikongsi catatan seorang runner:

harap, akak ni bacalah status saya, 2 hari lepas akak ni whatsap saya, mintak amik barang kat pejabat pos, kebiasaannye saya akan cas rm10 sekitar pasir gudang, rm10 tu saya cas minyak saya, upah beratur, maintanance motor, dan insurans sendiri, dia mintak kurang rm5, maaf ye kak, rm5 minyak moto saya, tak bergajilah saya jawabnye, akhirnya akak tu pun setuju, 

ok onn, urgent punye pasal, hujan pun jalan, lepas settle amik barang, akak ni suruh hantar ke rumah, dan akan transfer ke bank waktu malam, dia ada kat kampung, line tak berape baik, ok saya letak kat dalam rumah, malam setiap jam saya check acc bank, tak masuk jugak, pagi check tak masuk jugak, whatsap tak berbalas, petang tadi ke rumah dia semula, alhamdulilah dah balik, kereta pun ade..yahoo.

beri salam, assalamualaikummmmmmmmmmmmmmm..
tak berjawab 15 mnit, goncang pagar pulak, tak jawab jgak, pergi rumah jiran sebelah, jiran sebelah cakap ade kat dalam rumah tu, ok, saya dah pesan kat jiran, kalau jumpe akak, runner datang rumah tadi, kalau akak ada niat nak bayar, whatsap lah saya, bukan nilai rm10 yang diambil kira, tapi kerja saya ni memang perlukan upah, bukan sekali saya ditipu, minggu ni je dah 3 kes sama, memang betul ada yg cakap kena bank in dulu baru terima tugas, tapi kadang-kadang saya memang kena guna budi bicara sendiri, kalau tak, saya takkan bertahan lama jadi runner, jangan anggap saya runner, pandang saya ni sebelah mata..

Keterangan gambar: Runner menjalan tugas biarpun menempuh hujan lebat demi barang dapat dihantar tepat masanya.

No comments:

Post a Comment