Friday 12 October 2018

INFO HUKUMAN MATI


Hukuman mati atau bunuh dijatuhi terhadap mereka yang melakukan kesalahan berat mengikut tafsiran mengikut negara masing-masing. Di Malaysia, hukuman mati (gantung) dikena terhadap pesalah yang melakukan kesalahan mengedar dadah dan membunuh. Di China, pelaku rasuah dijatuhi hukuman mati.

Perlaksanaan hukuman mati dilakukan dengan beberapa cara mengikut ketetapan undang-undang di negara yang melaksanakan hukuman tersebut. Terdapat lima cara atau kaedah hukuman mati iaitu gantung, tembak, renjatan elektrik, suntikan racun dan pancung.

Hukuman mati pada masa dahulu boleh dikatakan diamalkan atau dilaksanakan hampir di seluruh dunia. Namun terdapat banyak negara telah memansuhkan hukuman mati di negara masing-masing.

Fakta berkaitan hukuman mati adalah seperti berikut:

106 - Negara sudah memansuhkan hukuman mati
4 - Republik Congo, Fiji, Madagascar dan Surinam memansuhkan hukuman mati pada 2015
32 - Negara kekalkan hukuman mati, namun tidak melaksanakannya dalam tempoh 10 tahun
58 - Negara masih mengekal dan melaksanakan hukuman mati
6 - Negara memansuhkan hukuman mati, namun mengekalkan pelaksanaannya dalam keadaan tertentu terutama membabitkan jenayah perang
89 peratus - Pelaksanaan hukuman mati berlaku di tiga negara - Pakistan, Iran dan Arab Saudi.

Malaysia dijangka memansuhkan hukuman mati dalam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment