Berkunjung
ke Pantai Melawi, penulis sempat merakam penerbangan menarik sejenis burung
kelihatan agak besar yang penulis yakin ia sejenis burung helang. Penulis difahamkan
burung itu memang ada membuat sarang di kawasan Pantai Melawi.
Setelah
pulang, penulis mencari maklumat mengenai burung itu berdasarkan gambar yang
dirakam dengan gambar yang ada di internet. Setelah membuat perbandingan
gambar, pastilah bahawa gambar yang penulis rakam itu adalah white bellied sea eagle
atau diterjemah secara bebas kepada bahasa Melayu menjadi burung helang laut perut
putih. Namun, nama rasmi tempatan white bellied sea eagle ialah burung lang siput
atau nama saintifik Haliaeetus leucogaster.
Burung lang siput dikategori jenis karnivor yang
menjadikan diet seperti tikus, ikan, burung dan haiwan kecil. Sesuai dengan
tempat tinggal berhampiran pantai, lang siput menjadikan hampir separuh makanan
adalah ikan.
Habitat
burung lang siput boleh dijumpai di India dan Sri Lanka, di seluruh Asia
Tenggara dan ke arah pantai Australia. Burung lang siput membiak dengan cara
bertelur di dalam sarang yang dibina mereka
Burung
lang siput dewasa memiliki kepala, dada, bulu bawah sayap (terlindung) dan
pelepah ekor putih. Bahagian atas kelabu dan bulu bawah pelepah penerbangan
berlawanan dengan pelepah putih penutup kovert.
Ekornya
pendek dan berbentuk baji sebagaimana kesemua spesies lang laut Haliaeetus.
Sebagaimana burung raptor lain, burung betina agak besar sedikit berbanding
burung jantan, dan mampu mencapai sehingga sepanjang 90 cm dengan lebar
sayap sehingga 2.2 m dan seberat 4.5 kg. Burung muda memiliki jambul
perang, yang perlahan-lahan bertukar putih sehingga berusia lima dan enam tahun.
Untuk
makluman, penulis bukan 'pemburu' gambar burung. Kehadiran di Pantai Melawi
adalah untuk singgah seketika sambil beristirahat dan membawa kamera untuk
merakam gambar pantai. Peluang merakam gambar burung lang siput satu pengalaman
menarik.
No comments:
Post a Comment