Friday, 12 October 2018

PESTA ARAK PUNCA MASALAH SOSIAL


Pemimpin dan penyokong politik memang agak pelik. Pada satu ketika dahulu mereka begitu bertegas dan bersungguh-sungguh menentang sesuatu yang berkaitan arak. Tetapi apabila berada bersama parti lain, mereka bersungguh-sungguh pula untuk 'menghalalkan' pesta arak.

Biarpun tidak mengatakan sokongan secara terang, namun mereka pandai bemadah dan berhujah untuk 'menyokong' dan 'mempertahankan' pesta arak. Seperti biasa, hujah yang digunakan ialah orang bukan Islam tidak boleh dilarang meminum arak.

Sebabnya, orang bukan Islam tidak haram minum arak. Minum arak sudah menjadi amalan biasa mereka. Mereka minum arak bukan pada masa pesta sahaja, bahkan saban hari mereka minum arak, pagi petang siang malam.

Bahkan, kerajaan membenarkan atau memberi lesen untuk arak dijual dan diminum. Malah, di negara kita terdapat kilang arak yang besar telah beroperasi berpuluh-puluh tahun.

Tiada siapapun orang Islam yang membantah orang kafir minum arak selagi tidak mengganggu orang Islam. Minumlah sebanyak manapun.

Jadi, hujah mereka apa salahnya jika pesta arak dibenarkan? Apa salahnya jika orang bukan Islam ingin menggunakan hak mereka untuk menikmati apa yang tidak salah di sisi agama dan budaya mereka? Negara Malaysia mengamalkan keterbukaan dalam soal agama dan budaya.

Memang hebat dan terbaik hujah mereka ini. Untuk mereka ini kita kena bagi analogi dan perumpamaan. Jika tidak, sukar untuk mereka hadam dan faham.

Dalam agama lain, melakukan hubungan seks sebelum berkahwin sudah menjadi perkara biasa, walaupun tetap dipandang jijik di kalangan mereka yang berpegang kuat kepada agama dan amalan murni agama masing-masing. Hanya, dalam segi peraturan agama mereka dan undang-undang negara, tidak menyebut itu sebagai satu kesalahan yang boleh dijatuhi hukuman.

Dengan kata lain, bagi bukan orang kafir, melakukan hubungan seks bebas bukan 'dosa' dan tiada undang-undang boleh dikenakan terhadap mereka. Mudah kata, ia samalah dengan soal minum arak.

Maka, ambo ingin bertanya, kalau begitu bolehkan atau wajarkah kerjaan membenarkan orang kafir mengadakan pesta seks secara bebas. Siap buat promosi dan menjemput orang ramai?

Agaknya, ada sesiapa yang akan menyokong atau mempertahankan pesta seks secara bebas? Perlu diingat, kedua-dua perbuatan itu tidak salah atau dosa besar di kalangan bukan Islam (penulis bukan bermaksud agama lain mengatakan amalan itu baik atau tidak salah).   

Seperti dijelaskan, tiada peraturan atau undang-undang negara boleh mendenda pasangan bukan Islam melakukan hubungan seks asalkan dengan kerelaan lelaki dan perempuan yang terlibat dan bukan juga dikategorikan aktiviti pelacuran.

Maka, adakah dengan hujah itu boleh dijadikan alasan untuk membenarkan diadakan pesta seks di negara kita ini? Hendak dikatakan itu hak dan amalan biasa orang bukan Islam? Atau ingin dipertahankan agar kerajaan tidak masuk campur dalam soal budaya kaum lain?

Satu lagi tindakan mereka yang menyokong atau dalam bahasa politik sekarang dipanggil pemakan dedak, mereka cuba mencari salah pihak lain untuk sebagai disamakan dengan pesta arak.

Apa kaitan masalah dadah dengan pesta arak? Ya, masalah dadah terus menyerang dan mendatangkan kesan buruk kepada negara. Namun, tidak pula ada pesta dadah. Usaha penghapuskan dadah dilakukan secara berterusan oleh pihak kerajaan pusat dan negeri. Tiada sekalipun kerajaan memberi kebenaran pesta dadah diadakan.

Selain itu, terus dibawa kisah tentang kerajaan Kelantan membenarkan lesen arak. Apa ni... lesen arak ada di seluruh tempat di Malaysia ini. Itulah bahawa kerajaan membenarkan orang bukan Islam minum arak. Yang tidak dibenarkan ialah pesta arak.

Kepada yang 'bertugas' dan 'berkerjaya' sebagai siber trooper atau pahlawan papan kunci, jangan terlampau ghairah melakukan tugas itu sehingga terlupa nilai-nilai moral yang perlu dipertahannya.

No comments:

Post a Comment