Ketam ragi hidup di dalam air laut, terutama di kawasan tepi
pantai. Ketam ragi mudah ditangkap menggunakan umpan yang dipasang pada bilah
buluh.
Biasanya umpan paling digemari ketam ragi ialah kepala ayam yang agak busuk
dan juga perut ayam. Ikan kering yang berbau juga menarik minat ketam ragi
untuk makan umpan itu.
Apa yang menarik tentang ketam ragi apabila dilepaskan di
atas pasir di gigi air, ketam ragi bukan bergerak menuju ke dalam air.
Sebaliknya, ketam ragi akan lebih selesa mengorek pasir untuk melepaskan diri.
Jika dibiarkan, ketam ragi mampu menyembunyikan diri di dalam pasir. Pergerakan
menggali lubang dilakukan dengan kaki dan penyepit yang pantas.
Ketam ragi tidak agrasif seperti ketam nipah. Jika diletakkan
di dalam bekas, ketam ragi seperti 'selesa' berada di situ dan tidak ada usaha
untuk melepaskan diri.
Jika pergi menangkap ketam ragi, tidak perlu guna bekas
yang berpenutup. Cukup sekadar bekas yang boleh menghalang ketam ragi bergerak
bebas.
Ketam ragi ada sepit, tetapi kuasa sepitan tidak
kuat. Sebab itu, jika jari disepit ketam ragi, tidak rasa terlalu sakit dan
mudah untuk dilepaskan.
Bentuk ketam ragi seakan-akan leper bulat. Ukuran
sekadar bergaris pusat kira-kira 3 cm. Kaki dan penyepit agak pendek berbanding
ketam jenis lain. Warna kulitnya kelabu.
No comments:
Post a Comment