Monday 28 January 2019

PRODUK SECREATLEAF BEBAS PARABEN


Kenapa Secretleaf tidak menggunakan Paraben sejak 2009? Sejak dari awal permulaan Secretleaf, paraben adalah bahan yang tidak dibenarkan digunakan dalam produk Secretleaf, selain dari SLS, alkohol, triclosan dan bahan-bahan yang diharamkan.

Untuk pengetahuan anda, paraben mempunyai pelbagai jenis dan sebahagian adalah dibenarkan digunakan dalam produk penjagaan diri dan sebagainya.

Paraben adalah pengawet yang digunakan dalam produk penjagaan diri termasuk shampoo, ubat gigi, deodorant dan sebagainya.

Walaupun paraben tidak boleh dikaitkan sebagai penyebab langsung kepada kanser payu dara, tetapi saintis tidak dapat memberikan penjelasan mengenai kewujudan paraben yang tinggi di dalam banyak kes kanser payu dara.

Kajian terbaru tahun 2017 di Poland membabitkan lebih 300 lelaki menunjukkan lelaki yang mempunyai paraben yang lebih di dalam urine, didapati mempunyai kualiti sperma yang rendah yang menyebabkan kesulitan mendapatkan zuriat.

Kajian Disember 2018 dibuat oleh Berkerly UC membabitkan lebih 300 kanak-kanak mendapati, kanak-kanak perempuan yang mempunyai lebih paraben di dalam urine, mengalami puberty awal.

Puberty awal boleh meningkatkan risiko kesihatan mental, kanser payu dara and kanser ovari.

Walaupun kajian di atas tidak menunjukkan bukti kukuh bahawa paraben menyebabkan semua masalah di atas, tetapi sebagai pengguna, kita perlu memberi perhatian untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk sedaya mungkin mengelak daripada menggunakan mana-mana produk yang mengandungi paraben.

Wakil Kelantan:

No comments:

Post a Comment