Formulasi natural, tidak menggunakan
bahan yang berbahaya atau meragukan, bertepatan dengan Halal dan produk yang
diuji keberkesanannya adalah pegangan jenama Secretleaf.
Dimiliki oleh Secretleaf International
Sdn Bhd sejak 2010, Secretleaf telah berkembang dari hanya 5 produk kepada
lebih 30 produk sehingga sekarang.
Manakala dari segi pengilangan,
Secretleaf kini memiliki kawasan pengeluaran berkeluasan 12,000 kaki persegi
dengan 5 orang ahli kimia atau formulator dalam 3 segmen iaitu penjagaan kulit,
kosmetik dan minuman berfungsi.
Secretleaf International dimiliki oleh
Amir Ramadzan Ibrahim dengan pegangan 100% dan sekarang mempunyai hampir 50
orang pekerja.
Dengan asas untuk memberikan pengguna,
produk yang berkualiti tinggi tetapi dengan harga mampu milik, Secretleaf telah
memperuntukan sejumlah dana yang besar kepada pembangunan produk.
Justeru, pengguna akan mendapati
setiap produk yang dikeluarkan oleh Secretleaf adalah bertepatan dengan
kehendak pengguna dan seperti mana yang ditunjukkan.
Pada masa ini produk Secretleaf dijual
di pelbagai saluran termasuk farmasi, agen, stokis, outlet milik sendiri dan
juga di amazon.com
Sebagai syarikat tempatan, Secretleaf
berbangga kerana mampu menawarkan kepada seluruh dunia, kualiti produk yang
setara dengan jenama antarabangsa lain.
No comments:
Post a Comment