Monday, 17 June 2019

JADUAL KESEMBILAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN


Sistem pemerintahan di Malaysia membahagikan tugas pentadbiran kepada tiga senarai iaitu Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

Senarai-senarai ini terkandung dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan .  

Jadual Kesembilan ialah penjelasan atau perincian kepada Perkara 74 - Hal Perkara Undang-undang Persekutuan dan Negeri; dan Perkara 77 - Kuasa Baki Perundangan.

Senarai Persekutuan
- Pertahanan
- Hal-hal luar negeri
- Keselamatan dalam negeri
- Undang-undang jenayah dan sivil
- Kewarganegaraan
- Pilihanraya Persekutuan
- Perdagangan, Perniagaan dan Industri
- Kewangan
- Pengangkutan
- Perkapalan
- Ukur
- Kerjaraya Persekutuan dan Tenaga
- Kesihatan dan Ubat
- Pelajaran
- Kebajikan Orang Asli
- Buruh dan Kebajikan Sosial
- Pekerjaan Ikhtisas
- Persatuan yang tidak ditubuhkan
- Kawalan pes pertanian
- Hari kelepasan am Persekutuan
- Penapisan
- Penerbitan
- Perumahan Persekutuan
- Panggung wayang dan pusat hiburan awam (kecuali lesen)
- Syarikat kerjasama

Senarai Negeri
- Undang-undang orang Muslim, agama dan adat Melayu
- Pertanian dan Perhutanan
- Tanah
- Perkhidmatan tempatan
- Kerajaan Tempatan
- Jentera Kerajaan Negeri
- Hari kelepasan Negeri
- Kerjaraya Negeri dan Air
- Penyu dan penangkapan ikan di sungai

Senarai Bersama
- Kebajikan Sosial
- Perlindungan binatang liar, taman kebangsaan
- Biasiswa
- Pengembaraan
- Perusahaan Ternakan
- Perancanagn bandar dan desa (kecuali WP)
- Pengaliran dan pengairan
- Kesihatan Awam, peraturan kesihatan
- Pemulihan tanah perlombongan

No comments:

Post a Comment