Monday, 17 June 2019

PERKATAAN "TAHU" MEMPUNYAI MAKSUD BERBEZA DI KELANTAN

Jika anda berada di Kelantan, berhati-hati dengan perkataan 'tahu' yang diucapkan penduduk di Negeri Cik Siti Wan Kembang, Tanah Rendah Sekebun Bunga, negeri bergelar Serambi Mekah.

Di Kelantan, perkataan atau ucapan tahu adalah merujuk kepada makud umum yang digunakan dalam Bahasa Malaysia, iaitu mengetahui.

Peliknya, ucapan tahu juga apabila diucapkan yang sebenarnya membawa maksud 'tidak tahu'.

Manakala jika ditambah 'lah' membawa maksud tanda kecewa dengan sesuatu apa yang telah terjadi.

Selain itu 'tahulah' juga membawa maksud penegasan kepada apa yang diketahui. Perkataan 'tahulah; juga membawa maksud penegasan kepada perkara yang dia tidak tahu.

Jadi, bagaimana hendak membezakan apabila disebut 'tahu' membawa maksud dia mengetahui atau tidak mengetahui?

Perbezaan adalah bergantung kepada bagaimana sebutan itu dibunyikan dan ketegasan pengucapan. Sekali dengar, memang sukar untuk membezakan kedua-duanya.

Untuk memahaminya perlu tahu konteks atau situasi ketika ia diucapkan. Faham tentang memek muka dan jiwa ketika diucapkan.

Dengan kata lain, hanya mereka yang peka sahaja dapat membezakan atau memahami maksud sebenar perkataan 'tahu' yang diucapkan

No comments:

Post a Comment