Thursday 20 June 2019

KACANG ITIK MUDAH TUMBUH MEMBESAR

Kacang itik. Itulah nama sejenis kacang yang mudah tumbuh dan membesar. Untuk membayangkan betapa kacang itik mudah tumbuh, maka seorang yang ada pengalaman menanam kacang itu mengungkapkan: "campakkan ke mana sahaja biji benih ke kawasan yang lembab dan pernah menerima air, tumbuhlah ia."

Kacang ini membiak dengan menggunakan biji benih. Biji benihnya seakan-akan biji kacang parang atau kacang sepat.

Benih pokok kacang itik yang timbuh akan menjalar. Pokok kacang itik akan memanjat mana-mana objek yang berada berhampiran seperti pokok yang lebih besar daripadanya dan pagar

Jadi, jika menanam pokok kacang itik, amat perlu membuat para atau junjung supaya ia mudah menjalar dan hidup subur.

Pokok kacang itik berdaun lebar dan subur setelah dapat memanjat objek.

Untuk menggalakkan berbunga, buangkan atau kurangkan bilangan daunnya dan pangkas pucuknya agar ia bercabang dan berbunga.

Pokok kacang itik sangat produktif kerana menghasilkan buah yang sangat banyak. Sebab itu, elok dibuat para yang kukuh.

Buah kacang itik berwarna hijau ketika muda dan berubah warna menjadi kehitaman apabila sudah tua.

Biji kacang itik sesuai dimakan setelah direbus. Untuk mengeluarkan bijinya sama ada dikopek terus dari kulitnya atau direbus dengan kulit-kulit dan selepas itu baru diasingkan bijinya.

8 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Ada Jual biji benih kacang itik dak

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam .tumpang mencelah , bijinya ada dijual di lazada
      https://www.lazada.com.my//products/i1514308947-s5042700811.html?spm=a2o7i.10605172.0.0.1c4e1e13dkLTxY&urlFlag=true&mp=2

      Delete
  2. sedap kcg ni..sy pun dpt biji benih dr kenalan..nak cuba tanam..

    ReplyDelete
  3. Dari mula cambah biji benih sampai berbuah berapa lama ya. Dan pokok boleh bertahan berapa la

    ReplyDelete
  4. Salam Ade ke yg nak oder benih kacang itik ni blh pm saya by Facebook...

    ReplyDelete
    Replies
    1. As Salam,

      Saya Zainal dari Sitiawan Perak,

      Bertujuan untuk mendapatkan benih kacang ini.

      Bagaimana untuk menghubungi tuan.

      TK

      Delete
  5. Kacang saya sedang berbuah dengan gigihnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikuk.. pn. saya tengah cari biji benih kacang itik... jadinya ingin mendapatkan biji dan hendak beli biji tersebut... ,sy zulkifli dari terengganu.. tel 0199876169.

      Delete