Thursday 20 June 2019

KAFIR CUBA MENCAMPURI URUSAN ORANG ISLAM


Urusan khusus berkaitan umat Islam, biarlah orang Islam sendiri lakukan. Orang Islam jangan jadi macam lembu dicucuk hidung sehingga mengikut sahaja apa yang pihak lain ingin lakukan.

Di Malaysia yang berbilang kaum dan agama, kedua-dua isu tersebut amat sensitif. Namun, di kalangan penyokong parti yang taksub, mereka lupa tentang nasib agama dan bangsa. Mereka menyokong membabi buta demi untuk kepentingan politik masing-masing.

Amat bacul dan dayus jika orang Islam berdiam diri apabila bukan Islam cuba mencampuri urusan mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan apabila meminta pandangan daripada bukan Islam untuk menambah baik silibus subjek berkenaan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menerusi hantaran di Facebook, mengalu-alukan semua pihak tanpa mengira kaum dan agama untuk memberi pandangan dan idea kepada Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKPI).

Bagaimanapun, selepas mendapat kecaman netizen, hantaran berkenaan telah dipadam dan digantikan dengan kenyataan kekesalan, kononnya pengumuman berkenaan disalah tafsir.

Aapa yang bukan Islam tahu mengenai Islam, jika mereka tidak pernah ambil tahu mengenai agama Persekutuan yang jelas termaktub dalam Perlembagaan.

Sepatutnya bukan Islam wajib tahu sebab ia agama negara merentasi agama dan bangsa lain selain Islam. Apabila kita minta mereka mengkaji dan cuba memahami Islam bagi mengeratkan hubungan dengan rakyat majoriti, ultra kiasu begitu kuat menentang.

Mereka lebih rela dan terlalu suka belajar lebih banyak sejarah Tanah Besar China daripada sejarah Islam dan sejarah Tanah Melayu.

Apa yang kita boleh harapkan mereka untuk memberikan input kepada subjek Pendidikan Islam? Sudah tentu keadaan akan menjadi lebih gawat.

Jika kita kira membiarkan mereka memberi cadangan, ia umpama membenarkan tikus membaiki labu.

Insaf dan bangkitlah orang Islam. Bersatu demi Islam. Jangan gadaikan Islam semata-mata demi politik.

No comments:

Post a Comment