Definisi
talkin bermaksud petunjuk atau peringatan tentang soal jawab dalam kubur yang
dibacakan kepada jenazah orang Islam selepas sahaja ia dikebumikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Itulah maksud talkin yang difahami umum. Hakikatnya,
talkin sebenarnya peringatan kepada orang hidup yang menghadiri majlis pengembumian
itu.
Antara skrip talkin yang dibacakan ialah:
Akan datang nanti kepada kamu 2 malaikat. Janganlah
takut dan gentar kerana mereka juga hamba Allah seperti kamu. Akan ditanya
nanti malaikat ini kepada kamu. Jawablah dengan tenang dan lancar.
Jika ditanya: Man Rabbuka? Siapa Tuhanmu? Maka
jawablah: Allahu Rabbi. Allah Tuhanku.
Tanya: Man Nabiyyuka? Siapa Nabimu?
Jawab: Muhammadun Nabiyyi. Muhammad Nabiku
Jawab: Muhammadun Nabiyyi. Muhammad Nabiku
Tanya: Ma Dinuka? Apa agamamu?
Jawab: Al-Islamu dini. Islam agamaku
Jawab: Al-Islamu dini. Islam agamaku
Tanya: Man Imamuka? Siapa imammu?
Jawab: Al-Quran Imami. Al-Quran Imamku
Jawab: Al-Quran Imami. Al-Quran Imamku
Tanya: Aina Qiblatuka? Di mana kiblatmu?
Jawab: Al-Kabatu Qiblati. Kabah Qiblatku
Jawab: Al-Kabatu Qiblati. Kabah Qiblatku
Tanya: Man Ikhwanuka? Siapa saudaramu?
Jawab: Al-Muslimun Wal-Muslimat Ikhwani. Muslimin dan Muslimah saudaraku.
Jawab: Al-Muslimun Wal-Muslimat Ikhwani. Muslimin dan Muslimah saudaraku.
Secara tersurat, talkin
dibacakan kepada jenazah. Namun, secara tersirat ia ditujukan kepada mereka yang
datang pada upacara pengembumikan jenazah itu.
Hendaklah kita yang
masih hidup ini memberi perhatian kepada amalan yang berkaitan dengan soalan-soalan
tersebut. Sesiapa yang mementingkan perkara tersebut sepanjang hidupnya, insya-Allah
tidak akan sukar untuk menjawab soalan berkenaan.
No comments:
Post a Comment